7.02.2008

Gasing

Apa khabar pembaca-pembaca yang disayangi! Hari ini,saya akan melanjutkan perbualan saya tentang permainan tradisional. Saya akan berbual lebih mendalam lagi tentang satu daripada banyak permainan tradisional,gasing.

Permainan gasing sering dimainkan oleh budak-budak lelaki pada zaman dahulu,ketika datuk kami semua masih kecil dan sebaya dengan kami.Gasing merupakan sebuah permainan yang boleh berputar pada paksinya sambil mengimbang pada satu titik.Permainan ini sering dimainkan selepas musim menuai.

Gasing dibuat daripada kau berbaru,kemuning dan lain-laing lagi. Kayu tersebut akan ditakik-takik dan dikikis sehingga ia menjadi bentuk gasing.

Untuk bermain dengan gasing itu,mula-mula pemain harus melilit tali pada gasing itu. Kemudian,dia harus memangkah gasing itu. Ini merupakan satu gerakan yang penting dalam permainan ini.Tumpuan,perhatian dan hayunan haruslah tepat supaya gasing itu akan tepat mengenai sasaran.

Terdapat beberapa pangkah seperti pangkah tebang,pangkah hentak dan pangkah layang.

Pada zaman sekarang,permainan gasing ini telah dibua dalam versi baru iaitu 'Beyblade'.


Inilah sahaja maklumat yang saya tahu tentang permainan tradisional ini.
Saya harap maklumat ini berguna untuk kam semua.

Semoga jumpa lagi di pos yang seterusnya!!
Syafiqah=D

Tiada ulasan: